Cari Blog Ini

Khamis, 30 Jun 2011

PROMOSI BEKAM JOM SIHAT

Assalamualaikum
Terima Kasih kepada yang menyokong perkhidmatan di Pusat Rawatan Islam Tasnim
Minggu ini beberapa pelanggan Bekam kami kebanyakkannya memberi respond positif ke atas perkhidmatan bekam, kebanyakkannya memberitahu takut sebelum merasai nikmat berbekam...tetapi sangkaan mereka meleset
Sebenarnya banyak kebaikkan berbekam untuk semua insan....

*tidak sakit
*tidak meninggalkan parut
*tidak memudaratkan badan pesakit
*menambah tenaga mental & fizikal
*mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal

Insya Allah...
Harap kepada yang belum mencuba....silalah ke Pusat Rawatan Islam Tasnim, Ampang



Bekam Kering/Angin    
Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.


BEKAM ANGIN  RM40



Bekam Basah/Darah 
Darah kotor,air dan angin akan keluar dari permukaan kulit.Tubuh badan akan terasa lebih segar dan cergas.


BEKAM DARAH  RM60

JURUBEKAM WANITA DISEDIAKAN KHAS

Rabu, 29 Jun 2011

Usaha,Usaha,Usaha, Beramal & Tawakkal

Setiap Penyakit ada ubatnya
Ternyata bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Allah s.w.t. memberi penyakit, Allah juga telah menetapkan ubat ataupun penawarnya, kecuali tua. Berdasarkan keterangan hadis ini juga difahamkan bahawa tua itu adalah termasuk dalam kategori penyakit, tidak kira sama ada tua itu benar-benar penyakit, ataupun ia merupakan satu evolusi yang semestinya dilalui oleh semua manusia, yang biasanya disertai dengan pelbagai penyakit dan masalah, yang tidak ada penawarnya, ataupun ubat membolehkan orang yang tua menjadi muda, kerana setiap orang itu mempunyai had umur. Apabila tiba masa mati, ketentuan itu akan datang tanpa dapat dielakkan (al-A'raf:33). Maut adalah penghujung setiap kehidupan, segala-galanya telah ditetapkan di Loh Mahfuz (al-An'am: 38).
Keterangan di atas membuktikan bahawa telahan mengenai umur seseorang sama ada panjang ataupun pendek itu adalah urusan Ilahi. Begitu juga dengan harapan untuk hidup ataupun untuk sembuh biarpun manusia melalui pengalaman yang dilalui menurut lazimnya dapat menjangkanya.
Allah menurunkan penyakit. Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental ataupun yang berkaitan dengan hati ada penawarnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang lain yang pakar dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri. Jelas terbukti bahawa tugas manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan menurut keupayaan dan kemajuan akal tanpa putus asa. Usaha dan ikhtiar adalah tugas manusia manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan termaktub di Loh Mahfuz.
Allah s.w.t. apabila menghendaki kebaikan itu berlaku ke atas hambanya, Ia akan menyegerakan balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan harta bendanya telah habis, manakala badannya terasa sakit. Baginda menjawab yang bermaksud:
Tidak baik seorang hamba yang tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya Allah s. w. t. apabila ia men gasihi seseorang hamba Ia akan men gujinya, dan apabila ditimpa bala maka Allah akan memberi kesabaran.

Kifarah
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan men ggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat seba gai tasbih, kegelisahan dan jeritannya seba gai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya seba gai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s. w. t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab, dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
Jelas disini membuktikan bahawa setiap pihak itu perlu memainkan peranan masing-masing. Rasulullah s.a.w. menyuruh orang yang sakit agar berubat. Pakar-pakar perubatan perlu berusaha, menyelidik dan mencari penemuanpenemuan baru untuk menangani penyakit berdasarkan latar belakang dan kepakaran masing-masing. Masalah kesembuhan adalah urusan Tuhan.
Semakin banyak dan mendalam penyelidikan dilakukan, seseorang itu akan lebih insaf dan menyedari bahawa terlalu banyak ilmu yang tidak diketahui olehnya, menyedarikan betapa terhadnya ilmu yang dimiliki berbanding dengan ilmu Allah. Dari pengalaman seperti ini dan pengalaman harian menangani penderitaan, akan lahir golongan manusia yang berupaya bersyukur kepada Allah dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk menolong manusia, bukan untuk kepentingan diri yang terlalu mengutamakan keuntungan, atau pun untuk mengagungkan diri.

Rujukan Darussyifa.org

Kepada Isteri dan Wanita

SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Selasa, 28 Jun 2011

Kaedah Bekam Sunnah





Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.

Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.

Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal. Insyaallah....

Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.

Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.

Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.

Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula minyak but-but untuk memaksimumkan kesembuhan.

Bekam Sunnah

Rasulullah SAW kerap berbekam pada titik ini,khasiatnya ia sangat bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir,angin ahmar,pening kepala tahap kronik dan migrain.Bekam menggunakan pen bekam perlu 3 kali pembuangan darah dan jika menggunakan sayatan pisau bekam perlu 5 kali proses pembuangan darah.Tarikh yang afdhal berbekam titik ini ialah pada 17/19/21hb kalendar islam iaitu sebelah pagi dalam keadaan perut kosong (tanpa sarapan).

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)




Bekam Darah RM 60
Bekam Angin RM 40

JURUBEKAM WANITA DI SEDIAKAN KHAS UNTUK KAUM WANITA

Pusat Rawatan Islam Tasnim

Pusat Rawatan Islam Tasnim Bukit Indah, Ampang


Bilik Rawatan / Kaunselling

 
Bilik Rawatan Bekam 

 
Peralatan Bekam 




Assalamualaikum, Bersyukur pada Allah kerana dapat memberi kami peluang untuk memberi ruang pada Pusat Rawatan Islam berkhidmat pada masyarakat.....

Waktu Operasi :-
Isnin - Jumaat
8.00pg - 4.30ptg
Cuti :-
Sabtu & Ahad

Temujanji sahaja akan di layan untuk luar waktu operasi

Rabu, 25 Mei 2011

Pusat Rawatan Islam Tasnim





Jika Anda menghadapi sebarang masalah atau penyakit, telah puas anda berusaha untuk mengubatinya namun masih belum  sembuh, kunjungi kami di Pusat Rawatan Islam Tasnim

Pusat Rawatan Islam Tasnim ialah sebuah pusat berlandaskan syarak dgn cara pembacaan ayat-ayat Al Quran & Doa2 perlindungan

JenisJenis Rawatan
Mengesan penyakit .Terkena Sihir .Santau . Gangguan Makhluk Halus . Penyakit Misteri . Buang Saka . Pulih & Pagar Rumah . Pelaris Perniagaan . Pendinding Diri . Tenaga Batin . Ketagihan Dadah . Ketagihan Rokok . Sukar Tidur . Sering ketakutan . Lemah Semangat . Resdung .  Migrain . Angin Berlebihan . Sakit Kepala .   Lemah-Lemah Badan . Masalah Perut Jantung Berdebar-debar . Urat Saraf  dan lain-lain 
Perkhidmatan Bekam Angin & Bekam Darah Juga Disediakan

Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah (BEKAM), meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”

Darah kotor wanita keluar pada haid, tetapi pada lelaki?
Kenapa kita tidak berbekam?
-Kurangnya pengetahuan kita tentang kebaikkan berbekam
-Takut dengan darah
-Tidak pernah mencuba
-Kurang publisiti tentang BEKAM

Hubungi kami:
Pusat Rawatan Islam Tasnim (Atas Kedai Tayar)
22-2A,Medan Bukit Indah 3,
Taman Bukit Indah,

68000, Ampang
Selangor

tel : +6013 – 309 1300