Cari Blog Ini

Rabu, 29 Jun 2011

Usaha,Usaha,Usaha, Beramal & Tawakkal

Setiap Penyakit ada ubatnya
Ternyata bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Allah s.w.t. memberi penyakit, Allah juga telah menetapkan ubat ataupun penawarnya, kecuali tua. Berdasarkan keterangan hadis ini juga difahamkan bahawa tua itu adalah termasuk dalam kategori penyakit, tidak kira sama ada tua itu benar-benar penyakit, ataupun ia merupakan satu evolusi yang semestinya dilalui oleh semua manusia, yang biasanya disertai dengan pelbagai penyakit dan masalah, yang tidak ada penawarnya, ataupun ubat membolehkan orang yang tua menjadi muda, kerana setiap orang itu mempunyai had umur. Apabila tiba masa mati, ketentuan itu akan datang tanpa dapat dielakkan (al-A'raf:33). Maut adalah penghujung setiap kehidupan, segala-galanya telah ditetapkan di Loh Mahfuz (al-An'am: 38).
Keterangan di atas membuktikan bahawa telahan mengenai umur seseorang sama ada panjang ataupun pendek itu adalah urusan Ilahi. Begitu juga dengan harapan untuk hidup ataupun untuk sembuh biarpun manusia melalui pengalaman yang dilalui menurut lazimnya dapat menjangkanya.
Allah menurunkan penyakit. Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental ataupun yang berkaitan dengan hati ada penawarnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang lain yang pakar dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri. Jelas terbukti bahawa tugas manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan menurut keupayaan dan kemajuan akal tanpa putus asa. Usaha dan ikhtiar adalah tugas manusia manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan termaktub di Loh Mahfuz.
Allah s.w.t. apabila menghendaki kebaikan itu berlaku ke atas hambanya, Ia akan menyegerakan balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan harta bendanya telah habis, manakala badannya terasa sakit. Baginda menjawab yang bermaksud:
Tidak baik seorang hamba yang tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya Allah s. w. t. apabila ia men gasihi seseorang hamba Ia akan men gujinya, dan apabila ditimpa bala maka Allah akan memberi kesabaran.

Kifarah
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan men ggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: Rintihan orang sakit tercatat seba gai tasbih, kegelisahan dan jeritannya seba gai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya seba gai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s. w. t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab, dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.
Jelas disini membuktikan bahawa setiap pihak itu perlu memainkan peranan masing-masing. Rasulullah s.a.w. menyuruh orang yang sakit agar berubat. Pakar-pakar perubatan perlu berusaha, menyelidik dan mencari penemuanpenemuan baru untuk menangani penyakit berdasarkan latar belakang dan kepakaran masing-masing. Masalah kesembuhan adalah urusan Tuhan.
Semakin banyak dan mendalam penyelidikan dilakukan, seseorang itu akan lebih insaf dan menyedari bahawa terlalu banyak ilmu yang tidak diketahui olehnya, menyedarikan betapa terhadnya ilmu yang dimiliki berbanding dengan ilmu Allah. Dari pengalaman seperti ini dan pengalaman harian menangani penderitaan, akan lahir golongan manusia yang berupaya bersyukur kepada Allah dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk menolong manusia, bukan untuk kepentingan diri yang terlalu mengutamakan keuntungan, atau pun untuk mengagungkan diri.

Rujukan Darussyifa.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan